JOM KITA KONGSI INFO TENTANG PEMAKANAN BAYI DARI:
LAHIR SEHINGGA UMUR 6 BULAN..
- Susukan bayi dengan susu ibu sahaja ( eklusif) dari lahir sehingga berusia 6 bulan. Bayi tidak perlu diberi makanan atau minuman lain selain susu ibu pada 6 bulan pertama.
- Mulakan penyusuan susu ibu dalam tempoh satu jam pertama selepas kelahiran.
- Pastikan bayi diberi kolostrum ( susu awal yang bewarna kekuningan )
- Bayi mungkin mengalami jaudis beberapa hari selepas lahir. Dalam masa yang sama teruskan penyusuan susu ibu dan elakan memberi minuman lain termasuk air kosong.
- Jangan jemur bayi anda.
- Jika ibu yang tidak dapat menyusukan anaknya dalam tempoh ini, pastikan :-
- susu yang digunakan adalah rumusan bayi yang diperkaya dengan zat besi.
- jangan mencampurkan gula / manisan ke dalam susu untuk mengelakan kerosakan gigi.
- cara bancuh, kekerapan pemberian serta pembersihan peralatan mengikut arahan di label produk.
- sebarang penukaran susu formula harus mendapat nasihat doktor.....
LINK YANG SAMA JUGA : CLICK DI SINI
No comments:
Post a Comment